(Video) Netizen Puji Tindakan Hafizh Syahrin Tolong Tunda Motosikal Marc Marquez

Automotif

(Video) Netizen Puji Tindakan Hafizh Syahrin Tolong Tunda Motosikal Marc Marquez

Biarpun manamatkan saingan di tempat ke-19 pada Grand Prix Jepun namun ‘sikap sporting’ dipamer pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang dilihat menunda motosikal pesaingnya, Marc Marquez mendapat pujian netizen.

Semalam, Marquez telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 0:42:41.492 dan mengangkatnya sebagai juara bagi Kejohanan MotoGP Japan.

Namun tular di media sosial apabila Hafizh Syahrin menghulurkan bantuan kepada Marc Marquez dengan menunda motosikal berkuasa tinggi miliknya setelah jentera itu dikatakan sudah tidak hidup.

Advertisement

Hafizh yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke-19 telah menerima pujian dari netizen kerana bangga dengan sikap yang ditonjolkan oleh beliau dalam litar tersebut.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa di Malaysia sudah menjadi satu kebiasaan untuk penunggang motosikal menunda motor seperti ini.
Rakyat Malaysia biasa tunda motosikalmemuji sifat Hafizh
Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap Hafizh Syahrin yang berbakat dan bukan calang-calang. Ini adalah kali pertama dalam hidup mereka melihat seseorang menunda motosikal dengan gaya sebegini.

Admin selalu tengok situasi macam ini, terharu apabila melihat rakan motosikal lain membantu ketika mengalami masalah di lebuh raya yang sedang sibuk.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...