Biarpun manamatkan saingan di tempat ke-19 pada Grand Prix Jepun namun ‘sikap sporting’ dipamer pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang dilihat menunda motosikal pesaingnya, Marc Marquez mendapat pujian netizen.
Semalam, Marquez telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 0:42:41.492 dan mengangkatnya sebagai juara bagi Kejohanan MotoGP Japan.
Namun tular di media sosial apabila Hafizh Syahrin menghulurkan bantuan kepada Marc Marquez dengan menunda motosikal berkuasa tinggi miliknya setelah jentera itu dikatakan sudah tidak hidup.
The first thing that has gone wrong all day! ?@marcmarquez93‘ Honda has stopped running, and the world champion receives a helping hand back to parc ferme from @hafizh_pescao55! ?#JapaneseGP ?? pic.twitter.com/4hsRMyu95Y
— MotoGP™ ?? (@MotoGP) October 20, 2019
Hafizh yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke-19 telah menerima pujian dari netizen kerana bangga dengan sikap yang ditonjolkan oleh beliau dalam litar tersebut.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa di Malaysia sudah menjadi satu kebiasaan untuk penunggang motosikal menunda motor seperti ini.
Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap Hafizh Syahrin yang berbakat dan bukan calang-calang. Ini adalah kali pertama dalam hidup mereka melihat seseorang menunda motosikal dengan gaya sebegini.
Admin selalu tengok situasi macam ini, terharu apabila melihat rakan motosikal lain membantu ketika mengalami masalah di lebuh raya yang sedang sibuk.
Sumber: Twitter