Mungkin ramai yang mengenali Datuk Seri Aliff Syukri kerana kontroversinya dan dilabelkan sebagai seorang yang riak dan “attention seeker” kerana sering memuat naik pelbagai “posting” yang mengundang kecaman netizen sehingga ada sesetengah pihak mula menyampah dengan dirinya, tetapi tiada siapa tahu kebaikan yang beliau lakukan.
Namun, kali ini ada yang mula membuka mata dan sedar betapa ikhlas dan mulianya hati beliau saat melihat video beliau memberikan sumbangan makanan serta wang tunai kepada orang susah dan memerlukan. Jumlah wang tunai tersebut bernilai RM300,000.
Rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sangat prihatin serta pemurah untuk sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan yang memerlukan. Ada yang mendoakan agar Aliff dan keluarganya diberkati Allah SWT dan dimurahkan rezeki.
Manusia ini sifatnya tidak sempurna, dalam keburukkan pastinya ada kebaikan. Jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran mereka sahaja.