Tular di media sosial rakaman yang memaparkan seorang peniaga di Vietnam yang dilihat tidak membenarkan satu keluarga untuk makan di restoran miliknya.
Keluarga tersebut berasal dari Israel dan telah merakamkan kejadian itu di mana mereka diusir oleh peniaga itu yang berulang kali menyebut ‘Free Palestine’.
Free Palestine. Kami hanya terima manusia, anjing dan kucing sahaja (di restoran ini). Kamu harus beredar,” kata peniaga itu kepada keluarga tersebut sambil menghalau mereka.
“Takut bom tiba-tiba”
Bukan itu sahaja, peniaga tersebut sempat memerli dan berkata dia bimbang bom jatuh tiba-tiba ke arah kedainya sekiranya keluarga itu masuk.
Ada kanak-kanak di sini. Nanti bom akan datang secara tiba-tiba menuju ke anak kecil itu.
Pemilik restauran di Vietnam mengusir turis dari Israil.
Dia berkata, “Jangan datang ke restauran ku. Restoran ini hanya untuk manusia, anjing dan kucing. Kamu bukan manusia. Pergi kamu!!!”
🇵🇸 ✌️ ❤️ pic.twitter.com/nbJhN4c7WC— bantoro_ (@Boediantar4) July 3, 2024
Puas hati tengok
Meskipun cuba membuat kecoh kerana dihalau, namun peniaga lain yang berada berdekatan dan orang awam lain tidak mengendahkan kekecohan dibuat oleh keluarga Israel itu.
Menerusi aplikasi X, ramai warganet Malaysia yang berpuas hati dengan tindakan peniaga Vietnam itu kerana memberikan layanan buruk terhadap pelancong Israel berkenaan.
Respect. Ini namanya boikot sepenuhnya.