November 5th, 2018

Apabila Datuk Seri Aliff Syukri kali ini menjadi penaja Gegar Vaganza 5, terus-terang ramai yang merasa lega kerana mungkin gimik yang beliau lakukan tidak terlalu berlebihan daripada penaja sebelumnya.

Namun, netizen sudah tidak dapat menahan rasa amarah mereka lagi apabila Aliff semalam menggunakan cara yang sangat tidak beradab untuk mempromosikan produk pemutih kulit keluaran syarikatnya.

Bukan sahaja bersikap rasis dengan mengutuk warna kulit penyanyi Santesh Kumar yang popular dengan lagu Amalina, malah Aliff yang cuba untuk berbahasa Inggeris dengan ‘selamba’ ingin mencari penonton dengan muka hodoh (ugly women) untuk mencuba produknya itu.

Jelas sekali, penonton wanita itu tidak selesa apabila jutawan kosmetik itu menyapukan ‘foundation’ di mukanya, paling membuatkan ramai netizen menyampah saat Aliff mengatakan beliau akan berikan duit pada wanita tersebut selepas kejadian yang agak memalukan itu.

Rata-rata netizen menganggap tindakan Aliff itu agak kurang ajar. Bukan sahaja bersikap rasis terhadap Santesh, beliau juga memandang hina rupa paras orang lain.

Sudah beberapa kali dikecam kerana perbuatan beliau sebelum ini, Aliff sepatutnya belajar daripada kesilapannya. Tidak salah untuk mempromosikan produk kerana beliau adalah penaja utama, tetapi sebagai seorang ahli perniagaan biarlah ada ‘kelas tersendiri’ dan tidak mengguris hati orang lain. Apa pula pandangan anda?

Sumber Berita :  Twitter Imran Ajmain & Khairunisa.


45 responses to “(VIDEO) Netizen Label Aliff Syukri Kurang Ajar, Kutuk Warna Kulit Penyanyi Santesh Dan Cari Penonton ‘Ugly Women’”

  1. Siapa siapa says:

    Daripada korang kutuk kata dato alif kenapa tak kecam dato alif sentuh muka wanita bertudung. HARAM…. Tu anak bini orang tu..
    Kecoh sangat..

Loading...