(Video) Netizen Kagum Lihat Penyanyi Dari India Ini Dodoikan Anak Dengan Lagu Zikir

Trending

(Video) Netizen Kagum Lihat Penyanyi Dari India Ini Dodoikan Anak Dengan Lagu Zikir

Sedutan klip video dari satu rancangan temu bual di India baru-baru ini tular di media sosial. Sithara krishnakumar, penyanyi latar terkenal di India berkongsikan pada media lagu yang sering dinyanyikannya untuk mendodoikan anak.

Yang mengejutkan, lagu dodoi yang sering menjadi pilihannnya adalah lagu zikir yang cukup sinonim dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Lagu zikir berbahasa Arab bertajuk “Hasbi Rabbi” ini adalah yang menjadi kegemaran anaknya.

Advertisement

“Yang jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yg berbunyi begini……”

Kalau dengar pada alunan melodi dan liriknya, memang sama dengan lagu zikir “Hasbi Rabbi” daripada Arab itu. Tak mustahil juga kalau ada lagu dengan alunan melodi yang sama di India. Tapi kalau dengarkan pada liriknya, memang sama dengan lagu asal. Netizen juga tidak dapat menyembunyikan rasa kagum mereka lagi-lagi kerana Sithara bukanlah seorang beragama Islam.

“My jiran India pun dia guna zikir ni dodoikan anak dia selalu jugak dengar.”

“Dia faham ke maksud lagu tu?”

Kalau suara sedap macam ni, nyanyi lagu apa pun boleh terus lena tak ada masalah.

Sumber: Twitter 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...