(Video) Netizen Kagum Lihat Kepetahan Kanak-Kanak Ini Menjual, Siap Hadiahkan Doa Sebagai ‘Free Gift’

Trending

(Video) Netizen Kagum Lihat Kepetahan Kanak-Kanak Ini Menjual, Siap Hadiahkan Doa Sebagai ‘Free Gift’

Video gelagat seorang kanak-kanak menjual produk jualannya viral di media sosial baru-baru ini. Bukan sahaja kerana kepetahannya bercakap tetapi keikhlasannya mendoakan setiap pelanggannya mencuri perhatian ramai.

Umur muda tidak menjadi penghalang untuk kanak-kanak ini berinteraksi dengan pelanggan kerana dia dilihat cukup petah berkata-kata. Video yang dimuatnaik di Twitter ini telah mendapat hampir 22 ribu retweets setakat ini.

Advertisement

“Kecik lagi dah power marketing”

Rupa-rupanya, ramai juga yang pernah berjumpa sendiri dengan kanak-kanak ini di luar sana. Ternyata dia sememangnya cukup peramah dan cara jualannya itu sering menjadi perhatian ramai. Lagi-lagi apabila dia pasti akan mendoakan untuk pelanggannya sebagai ‘free gift’.


Rata-rata netizen turut kagum dengan skill yang dimiliki oleh kanak-kanak ini dan tidak mustahil dia akan menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan. Ada juga yang terharu melihat kesungguhannya mendoakan para pelanggannya.




Meninjau di ruangan komen, ada yang memberitahu kanak-kanak ini sebelum ini pernah viral bersama adik beradiknya yang lain yang turut menjual bersama-sama. Sebelum ini, mereka empat beradik pernah viral kerana kepetahan menjual air kopi di Dataran Merdeka pada tahun 2017.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...