Sejak kebelakangan ini, nama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sering menjadi topik bualan di media sosial. Hampir setiap hari ada sahaja video atau hantaran tentang Aliff Syukri atau anaknya tular dan meraih perhatian.
Kegigihan usahawan itu berniaga di awal pagi sehinggalah ke larut malam, malah ketika sakit terlantar di hospital juga masih memikirkan tentang kerja.
Terbaru, hantaran dimuat naik sebuah syarikat pengurusan acara dan katering iaitu Aina & Co. Party N Such meraih perhatian selepas mereka berkongsi salah satu amalan Aliff Syukri yang boleh dijadikan ikutan.
Difahamkan, usahawan berusia 38 tahun berkenaan sedang menunaikan solat sebelum memulakan sesi siaran langsung jualan beg tangan.
Sebelum live tadi, masuk je waktu maghrib Datuk Aliff terus solat.
@acpsevent Catering di AS Palace today 3 Aug 2025 Live Tiktok Malaysia Books Of Records 1.2 millions sale within 2 minutes Congrats DS @Dherbs Terlajak Laris & DS @Nur Shahida Mohd Rashid #ACPSCatering #EventPlannerMalaysia ♬ original sound – syaikhul⬜🇲🇾🇵🇸 – syaikhul⬜🇲🇾🇲🇨🇵🇸
Video tersebut menerima pelbagai respon positif daripada netizen yang memuji amalan dilakukan Aliff itu yang mungkin nampak mudah tapi masih ramai belum boleh melakukannya.
Seorang netizen berkata mungkin Aliff bukan sahaja solat pada awal waktu tetapi juga tidak mustahil usahawan itu menunaikan solat Tahajud pada waktu malam.
Menjaga solat di awal waktu itu luar biasa, contoh yang baik.