(Video) Netizen Geleng Kepala Lihat Ada Yang Jual Gelang Mencegah COVID-19 Berharga RM700

Trending

(Video) Netizen Geleng Kepala Lihat Ada Yang Jual Gelang Mencegah COVID-19 Berharga RM700

Pada ketika ini, pastinya ramai yang sedang berusaha melakukan pelbagai cara bagi melindungi diri daripada dijangkiti wabak COVID-19. Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), praktikkan penjarakkan sosial ketika di luar dan kerap membasuh tangan untuk menjaga tahap kebersihan diri.

Macam yang kita semua maklum, vaksin bagi COVID-19 masih lagi sedang giat dijalankan oleh para saintis di seluruh dunia. Tetapi pada saat ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab yang mula mengeluarkan produk yang mendakwa boleh mencegah wabak tersebut.

Advertisement

“Dekat FB ada mak cik jual gelang untuk protection dari Coronavirus.”

Video yang dikongsikan di Twitter ini dipercayai daripada salah seorang peniaga yang menjual gelang yang didakwa boleh mencegah COVID-19. Di dalam video tersebut, penjual tersebut mendedahkan gelang tersebut adalah satu langkah pencegahan yang dapat membantu orang ramai melindungi diri mereka dari wabak itu.

Wanita tersebut yang mempromosikan gelang itu turut memberitahu produk itu baru sahaja dilancarkan dalam masa dua hari. Dan ianya kini antara produk terlaris di pasaran menurutnya. Berdasarkan tinjauan, harga gelang ‘perlindungan’ itu dijual pada harga RM754.00 di pasaran.

Menang Nobel Prize

twitter

Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa produk yang dijualnya itu sudah memenangi Nobel Prize. Untuk makluman, Nobel Prize adalah anugerah yang diberikan kepada individu (dan juga pertubuhan dalam kes Hadiah Keamanan Nobel) yang telah melakukan penyelidikan yang ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat.

twitter

Bagi anugerah seperti ini adalah mustahil untuk ianya diberikan kepada produk yang baru sahaja dilancarkan pada dua hari yang lalu. Lagi-lagi apabila produk tersebut belum terbukti keberkesanannya memandangkan virus COVID-19 sememangnya masih belum mempunyai vaksinnya.

Reaksi netizen

twitter

twitter

twitter

Buat masa ini, seeloknya kita hanyalah mengikuti saranan daripada KKM dan amalkan penjarakkan sosial dan kebersihan diri yang tinggi. Tambahan pula, belum ada kajian yang mengatakan penemuan vaksin atau alatan yang boleh mencegah dari wabak ini.

Sebelum ini juga, satu produk dari luar negara menjadi bualan hangat apabila dikatakan mampu melindungi seseorang daripada jangkitan wabak ini. Namun terbukti, ianya boleh memudaratkan kesihatan seseorang dan produk itu telah diharamkan penjualannya di luar negara.

Artikel berkaitan: Produk ‘Antah Wellness Defend Healthtag’ Viral Selepas Beberapa Menteri Dilihat Memakainya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...