(VIDEO) “Negara Mana Buat?” – Annuar Musa Bantah Cadangan Potong Gaji Menteri Untuk Tangani Inflasi

Berita

(VIDEO) “Negara Mana Buat?” – Annuar Musa Bantah Cadangan Potong Gaji Menteri Untuk Tangani Inflasi

Menurut Indeks Harga Pengguna (IHP), kadar inflasi dalam negara dijangka melepasi paras lima peratus dalam tempoh terdekat ini berikutan oleh harga makanan yang tinggi.

Susulan itu, kebanyakan rakyat Malaysia menyarankan supaya gaji menteri-menteri dipotong atau dikurangkan bagi menangani inflasi yang berlaku di negara ini.

Advertisement

Tampil membantah, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.

annuar musa

Boleh namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan potong gaji menteri?

Menerusi video yang dimuat naik oleh Malaysia Kini, beliau menganggap cadangan itu sebagai tidak relevan kerana tindakan itu tidak akan membantu bagi menurunkan kadar inflasi mahupun harga barangan.

Katakan potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri kabinet), berapa yang akan anda dapat?

Jelasnya, cadangan itu tidak dapat memberi jaminan kepada beliau bahawa masalah inflasi akan dapat diselesaikan dengan cara sebegitu.

Boleh jamin harga barang tak akan naik? Tolong jangan main politik.

Menurut Annuar, beliau memutuskan dua perkara bagi menangani inflasi iaitu tiada lagi eksport minyak masak dalam polibeg serta memaksimumkan harga minyak masak botol.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nirtunai di hospital
4 bulan lalu

Hospital, KK Hanya Terima Bayaran 'Cashless' Mulai 1 Oktober, Netizen Rasa Akan Menyusahkan Ramai Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Karl

    July 27, 2022 at 5:04 pm

    (10,000 X 36)=360,000
    360,000 X 12 bulan = 4,320,000
    T.kasih.

  2. anonymous

    July 27, 2022 at 4:44 pm

    yb pon dah naik kembang semangkok ,tembolok masok macam2 kiri kanan ataih bawah..tu yg ralatt nak kena potong gaji tak gitu

  3. Anonymous

    July 27, 2022 at 3:58 pm

    Kalau tak de negara yang buat sebab gaji menteri kat luar negara tak sebanyak gaji menteri di Malaysia dengan pelbagai elaun & kemudahan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...