Baru-baru ini viral di media sosial TikTok, sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ain Ang yang telah menarik perhatian dan menjadi perdebatan netizen.
Menerusi video tersebut, Ain dilihat memakai jubah graduasi bagi menghadiri sebuah majlis istiadat konvokesyen di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Difahamkan, gadis itu merupakan pemegang ijazah sarjanah muda dalam bidang kimia namun terpaksa akur kerana akhirnya hanya bekerja di sebuah restoran makanan segera.
Tiada pekerjaan yang sempurna, tetapi rezeki itu dari Allah.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 2.4M tontonan, 306.8K tanda suka, dan 9.1K komen di aplikasi TikTok.
@ainxang No perfect job, but riqz is from Allah. #fyp #thankful
? original sound – Kim2 & May2 Official ???? – kimkim________
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi pelbagai reaksi, ada yang turut berkongsi pengalaman sama dan ada juga yang berasa risau melihat nasib graduan baru yang seolah-olah terpaksa ‘rembat’ apa sahaja pekerjaan gara-gara peluang pekerjaan yang terhad.
Negara kita gagal – netizen.
“Sekarang memang lambakan graduan tapi peluang pekerjaan kurang,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Malah, pelakon dan usahawan terkenal, Fazura turut menitip doa dan pesanan buat gadis itu.
“May Allah SWT ease everything for you sweetie.. trust the process and your beautiful journey. The best is yet to come,” tulis Nur Fazura.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.