(VIDEO) Neelofa Dedah Sudah Lama Kena ‘Block’ Dengan Fazura Di Instagram?

Hiburan

(VIDEO) Neelofa Dedah Sudah Lama Kena ‘Block’ Dengan Fazura Di Instagram?

Kami pun tidak tahu sampai bila agaknya gosip tentang dua selebriti popular Neelofa dan Fazura akan berakhir. Pasti ada sahaja berita tentang mereka berdua dan ada kalanya ia dicetuskan sendiri oleh peminat kedua-dua artis ini.

Advertisement

Neelofa menerusi rancangan hiburan popular, Melodi TV3 semalam membuat satu pendedahan yang menjadi bualan hangat ramai.  Neelofa memberitahu beliau sudah lama di ‘block’ oleh Fazura di akaun Instagram dan menjelaskan ia adalah salah satu sebab mengapa beliau tidak perasan ataupun tahu mereka memakai busana yang sama daripada koleksi Innai Red.

Saya tidak dapat melihat Instagram individu itu sebab saya sudah kena block sejak beberapa tahun lalu.  Kalau pun tidak disekat, macam mana saya nak ‘keep up’ dengan setiap post, perkataan dan kemahuan yang dipaparkan di Instagram?

Terdahulu, Neelofa dituduh sengaja menyarungkan persalinan yang sama dengan Fazura kerana ingin meraih perhatian. Bagaimanapun, Fazura sebenarnya telah pun menggayakan busana itu terlebih dahulu. Rata-rata netizen memuji isteri kepada Fattah Amin itu kelihatan lebih memukau daripada Neelofa.

Sumber Berita & Video : Melodi TV3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...