Waktu kecil dulu kalau disuruh sebut semua nama nabi dan rasul mengikut turutan, pasti semua akan terbiasa dengan menyanyikan lagu 25 Rasul dendangan Raihan kan?
Dah menjadi kebiasaan untuk ’90s kids’ menyanyi lagu itu malah ia memang sangat membantu ramai kanak-kanak menghafal semua 25 nabi kita.
Namun, siapa sangka bukan hanya umat Islam yang menghafal tetapi juga mereka yang non Muslim turut terikut-ikut daripada melodi lagu tersebut.
Terbaru, tular video menunjukkan Thanuja Ananthan, Miss World Malaysia 2009 yang hafal 25 Rasul dengan menyanyikan lagu tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, Thanuja dilihat lancar menyanyikan lagu itu dengan merdu sekali sambil disaksikan beberapa orang di sekelilingnya.
Menurut individu yang merakam dan memuat naik video itu di TikTok, dia tergamam melihat Thanuja hafal lagu tentang Nabi meskipun seperti yang kita semua tahu dia bukan beragama Islam.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat turut berasa kagum dan teruja dengan Thanuja selain turut memuji sikap rendah dirinya yang menghormati orang berlainan agama.
Sesetengah netizen berpendapat bahawa Raihan memberikan impak dan pengaruh yang besar buat ’90s kids’ ketika sedang membesar kerana lagu-lagu mereka yang ‘simple’ dan ‘catchy’.
Buktinya, mereka yang bukan Islam juga mampu untuk menghafal lagu berkaitan tentang Islam dan sehingga meningkat dewasa pun lagu itu tidak dilupakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.