(VIDEO) “Nasib Orang Kenal Saya..” – Hidap Hipertiroid, Azhar Sulaiman Kongsi Detik Kasih Leia Pengsan Di PPUM

Hiburan

(VIDEO) “Nasib Orang Kenal Saya..” – Hidap Hipertiroid, Azhar Sulaiman Kongsi Detik Kasih Leia Pengsan Di PPUM

Pelakon Azhar Sulaiman menerusi TikTok ada berkongsi detik cemas ketika anak sulungnya, Kasih Leia Ixora jatuh pengsan setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Azhar dalam hantaran itu meluahkan rasa risau dan bimbang mengenangkan keadaan anaknya yang menghidapi penyaik hipertiroid.

Advertisement

Sempat berseloroh, pelakon itu bersyukur kerana orang awam yang berada di tempat kejadian mengenalinya dan turut sama membantu.

Kasih pitam di tempat parking kereta PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya. Kalau tak mesti diorang syak saya cuba culik awak papah masuk kereta.

Anak perempuannya juga dilihat sempat merakam video ketika berada di wad prosedur khas sambil menunjukkan bahagian lehernya yang menerima rawatan.

BACA: “Budaya Apakah Ini..” – Netizen Dakwa Nampak Botol Arak, Azhar Sulaiman Dikecam Biar Anak Parti Dalam Rumah

Terdahulu, penampilan Kasih Leia menjadi bualan netizen gara-gara tubuhnya yang begitu kurus dan cengkung.

Sekadar info, penyakit hipertiroid berpunca daripada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan sehingga mengganggu metabolisme badan.

Antara kesan sampingan pesakit adalah seperti penurunan berat badan yang mendadak, keguguran rambut, degupan jantung tidak teratur, pening serta muntah.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...