(VIDEO) “Nasib Bilik Sorang..” – Keluarga Selamba ‘Piknik’ Dalam Wad Hospital, Siap Tumbuk Sambal

Kehidupan

(VIDEO) “Nasib Bilik Sorang..” – Keluarga Selamba ‘Piknik’ Dalam Wad Hospital, Siap Tumbuk Sambal

Amalan menziarahi orang sakit sememangnya sesuatu yang mulia dan amat digalakkan agama Islam kerana ianya dapat mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturahim sesama muslim.

Namun, perlu diingat, semasa menziarahi orang sakit, kita sepatutnya menjaga adab serta tingkah laku, dan tutur kata dengan baik serta tidak berbuat bising.

Advertisement

Lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di laman Instagram yang memaparkan sebuah keluarga yang sedang melawat seorang pesakit di sebuah wad hospital.

wad

Menerusi video tersebut, dilihat kesemua ahli keluarga yang datang telah duduk beramai-ramai di atas lantai untuk menjamu selera.

Malah, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila seorang wanita turut dilihat sempat menumbuk sambal menggunakan lesung batu di dalam wad tersebut.

https://www.instagram.com/reel/CfWehUUMYr9/?utm_source=ig_web_copy_link

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan tindakan keluarga itu yang seperti ‘berpiknik’ di dalam wad hospital dan boleh mengganggu ketenteraman pesakit lain.

Habis satu wad bau belacan – netizen.

Mungkin itu untuk anak atau menantu kesayangannya, mahu merajuk kalau tak dapat makan ayam geprek,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pukul
2 bulan lalu

(VIDEO) "Belum Dekat Rumah Lagi.." - Pemandu Dirakam Pukul Isteri Sampai Bergoyang Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...