(VIDEO) “Nasib Baik Tak Tertelan” – Ibu Panik Mainan ‘Pop It Bubble’ Tersekat Dekat Celah Gigi Anak

Trending

(VIDEO) “Nasib Baik Tak Tertelan” –  Ibu Panik Mainan ‘Pop It Bubble’ Tersekat Dekat Celah Gigi Anak

Setiap ibu bapa mahukan anak-anaknya untuk meneroka perkara-perkara yang berada di sekeliling kerana aktiviti tersebut dapat merangsang minda mereka menjadi lebih aktif.

Akan tetapi, ketika anak-anak bermain ataupun meneroka sesuatu yang baru, ibu bapa tidak boleh leka kerana kanak-kanak selalunya melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka dan perlulah sentiasa berada di bawah pemantauan ibu bapa.

Advertisement

Itulah yang terjadi kepada Szry Ertyqa Mohd Fuad di mana anaknya Shaezry Erryssha Muhammad Hafiz yang berusia 12 bulan hampir tertelan permainan ‘pop-it bubble’ iaitu permainan silikon berwarna-warni yang boleh dipicit untuk merangsang deria sentuhan kanak-kanak.

Menerusi laporan mStar, detik cemas itu disedari oleh Szry semasa berangkat keluar ke pusat beli belah di sekitar ibu negara. Menurut Szry, anaknya tidak menangis dan objek tersebut hanya dapat dilihat apabila anaknya ketawa dan mendongak sambil ketawa.

Szry juga menyatakan bahawa dia menyuruh suaminya terus bergegas ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dan pada awalnya doktor menyangka bahawa gusi kanak-kanak itu bengkak tetapi selepas dikuis bahagian tersebut, gusi yang disangka bengkak itu rupa-rupanya permainan pop-it bubble.

Selepas insiden itu, Szry membuang semua permainan pop-it bubble kerana bimbang kejadian sama berulang kembali. Menerusi perkongsian TikTok juga rata-rata netizen berkongsi pengalaman tentang permainan tersebut.

3 years ago

(VIDEO) Ingat Nak Minta Sedekah, Pemuda Tunjuk Kad OKU Buat Kanak-Kanak Kelu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...