Tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan aksi bahaya penunggang motosikal yang membawa dua orang pembonceng dipercayai ister dan anaknya di sebuah jalan raya.
Apa yang menjadi tumpuan warga maya adalah apabila video berdurasi 11 saat itu memaparkan penunggang berkenaan telah bertindak ganas dengan ‘menyiku’ wanita di belakangnya sebanyak dua kali.
2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.
Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni. pic.twitter.com/KClUl2UXCq— Travel Jimat (@TravelJimat) April 17, 2022
Berikutan itu, netizen yang melihatkan video tersebut berasa geram dengan tindakan lelaki berkenaan yang boleh mengundang kecelakaan dan bahaya kepada pembonceng dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Rata-rata netizen berharap wanita berkenaan dapat membuat laporan polis mengenai insiden itu.
Ada juga yang merasakan lelaki itu bertindak ganas dan tidak sepatutnya bertindak demikian ke atas wanita tambahan apabila sedang menunggang motosikal di atas jalan raya.