Pelakon jelita, Rozita Che Wan mencuri tumpuan warga maya apabila dia dilihat memanjakan ibu tersayang dengan pemberian barang kemas sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut umat Islam beberapa hari lagi.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik aktres ini, Rozita bersama ibu dirakam berada dalam sebuah kedai emas dan sedang ingin membuat bayaran kepada penjual.
“Bawa mak pergi beli gelang raya haji. Rambang mata datang” tulis Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta di bahagian kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon drama Kiah The Spy ini juga dilihat mengeluarakan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada beg tangannya untuk membayar gelang dan barang kemas tersebut secara tunai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen memuji sikap Che Ta yang sering berkongsi rezeki dan membahagiakan orang tuanya.
Malah, ada yang menyimpan impian untuk menjadi seperti pelakon itu agar dapat berbakti kepada ibu bapa di rumah.