(VIDEO) Nasi Campur Bonet RM5 Pelbagai Lauk, Ramai Tak Tergamak Nak Bayar – “Murah Rezeki Pakcik”

Kehidupan

(VIDEO) Nasi Campur Bonet RM5 Pelbagai Lauk, Ramai Tak Tergamak Nak Bayar – “Murah Rezeki Pakcik”

Tular di media sosial TikTok apabila seorang peniaga berstatus warga emas menawarkan nasi campur pelbagai lauk dengan harga hanya RM5.

Difahamkan, lelaki warga emas itu menjual nasi campur hanya melalui bonet keretanya dan dikenali sebagai Lejen Nasi Bonet oleh masyarakat tempatan.

Advertisement
Nasi bonet lejenSumber : TikTok  

Antara lauk yang disediakan adalah seperti ayam goreng berempah, ikan goreng, gulai kuning, ikan tenggiri masak sambal, sayuran dan nasi putih.

Semestinya ia menjadi pilihan orang ramai di kala harga makanan dan minuman yang semakin tinggi dek kerana inflasi dan peningkatan kos barang mentah.

Menerusi video itu, kelihatan ramai orang berkerumun menanti giliran untuk membeli juadah ‘rahmah’ tersebut yang bertapak di Wisma Consplant 1, Subang Jaya, Selangor.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan lelaki warga emas itu yang menawarkan harga makanan yang begitu murah dan mampu milik.

Murah rezeki pakcik. Tapi kalau saya tak tergamak nak bayar RM5 je sebab ambil lauk macam lebih dari RM5.

Ya Allah murahnya, barang semua mahal. Pakcik buat sedekah ni. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik.

Ramai yang beranggapan pakcik tersebut bukanlah berniaga tetapi bersedekah melalui perusahaan makanan yang diusahakannya itu.

KomenSumber : Tiktok  

Netizen juga meminta orang yang berkemampuan untuk membayar lebih dan bukannya sekadar memberi RM5 kerana dapat membantu peniaga mengembalikan kos barang jualan.

“Kalau kita ambil lauk lebih, tak tergamak nak bayar RM5. Bagi la lebih sikit” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kereta alphard
9 months ago

"Biar Kedana, Asal Bergaya" - Kongsi Video Kereta Alphard Kena Tarik, Wanita Pesan RM10K Pun Tak Mampu Nak Bayar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...