Baru-baru ini puteri kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim telah berkongsi sebuah video yang menyayat hati pengguna TikTok. Dikenali sebagai Diyana atau Nana itu, telah memuat naik rakaman dirinya menziarahi kubur arwah ayahnya.
Dalam hantaran yang sama, terlihat Diyana sedang membaca surah Yassin sambil menangis kerana merindui bapanya. Difahamkan, hari itu merupakan hari lahirnya yang ke-24. Dia juga telah meletakkan audio rakaman suara arwah Ridzuan yang sedang mengucapkan selamat hari jadi di video tersebut.
Ayah tanya kan bila Nana nak datang rumah ayah? Ni Nana datang la ni rumah baru ayah.
@diyanardzn_❤️🩹♬ original sound – Diyana Ridzuan
Tambah Nana di ruangan kapsyen di Instagramnya pula, hari jadinya itu merupakan hari jadi pertamanya tanpa seorang bapa sekaligus berkongsi sedikit kenangan sebelum kehilangan arwah.
Bukan itu sahaja, rata-rata yang melihat video tersebut turut sebak melihat Diyana yang kehilangan seorang bapa di masa yang muda. Mereka juga turut serta mengucapkan selamat hari lahir kepada anak pelakon itu.
Untuk info, pelakon Ridzuan Hashim telah dikhabarkan meninggal dunia pada 4 Mei tahun ini akibat serangan jantung di kediamannya.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.