Perkongsian satu akaun di Instagram tentang perniagaan makanan dijalankan seorang wanita di pantai Timur telah meraih perhatian disebabkan cara penyediaannya.
Menerusi rakaman itu, peniaga tempatan Kak Yah yang dikenali dengan jualan budu tempayan telah berkongsi rupa dan tempat perniagaannya itu dijalankan.
Menurut Kak Yah, budu berekor menjadi pilihan utama golongan berusia kerana boleh dimakan terus tanpa dimasak dan dia juga merupakan antara pembekal utama di kawasan tersebut.
Kebanyakan peniaga nasi kerabu dari seluruh Malaysia turut mendapatkan bekalan budu dan pati ikan dari kedai Kak Yah, menjadikan beliau antara pembekal utama di kawasan ini.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, cara budu itu disediakan dan tempat penyimpanannya menjadi bualan ramai dan rata-ratanya mempersoalkan tahap kebersihan lokasi tersebut.
Bukan itu sahaja, Kak Yah juga dipersoal menggunakan tong besar berwarna hitam tersebut yang terang-terangan bukanlah kualiti ‘food grade’.
Dalam pada itu, ada juga yang persoal tentang reaksi chemical terhadap bekas hitam tersebut apabila terkena sinaran matahari memandangkan ia diletakkan di kawasan lapang begitu.
Sementara itu, sesetengah individu menyuarakan kebimbangan terhadap situasi di mana masih ramai peniaga di Malaysia yang kurang peka dengan hal-hal sebegitu.
“Sorry guys…. Bab kedai tak halal korang particular sangat, but kebersihan as HALAL compliance orang pejam mata je ke?” komen seorang individu