Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Datuk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsi semula satu video yang diambil atau dikongsi oleh pengguna Instagram @amir_fiqri, mengupas perbelanjaan pejabat beliau dengan penuh telus.
Dalam video tersebut, Syed Saddiq menjelaskan butiran peruntukan yang digunakan untuk membantu rakyat di kawasan parlimennya, sekali gus menyahut kritikan terhadap status ‘nama dah bersih’ namun kononnya tidak memberi peruntukan.
Video ini menjadi tular dan mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan netizen. Ramai memuji ketelusan Syed Saddiq dan usaha beliau yang dianggap sebagai contoh pemimpin muda yang benar-benar komited untuk membantu rakyat walaupun sudah dinyatakan ‘nama dah bersih’.
Antara reaksi netizen termasuklah pertanyaan berupa:
Nama dah bersih, kenapa tak beri peruntukan?
Namun selepas video tersebut tersebar, warganet tampil membela tindakan Ahli Parlimen tersebut, memuji usahanya memberikan peruntukan dan tidak sekadar retorik kosong.
Kebangkitan semula video ini turut memadamkan dakwaan kosong bahawa beliau tidak pernah menyalurkan peruntukan kepada rakyat, sebaliknya membuktikan bahawa tindakan dan perbelanjaan telah dijalankan dengan telus.
Sekain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.