Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna memaparkan anak perempuannya yang menangis kerana enggan pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.
Menerusi video tersebut, anak perempuannya itu dilihat merajuk sambil menyilang tangan selepas disuruh masuk ke dalam kereta oleh ayahnya untuk pulang ke rumah.
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 749.1K tontonan, 53.1K tanda suka, dan 3.4K komen di laman TikTok.
Biasa orang pergi sekolah je menangis, ni balik sekolah menangis tak nak balik, ni lah budaknya..
Malah, anak perempuannya yang sudah masuk ke dalam kereta itu turut dilihat turun semula kerana mahu kembali ke sekolah pada awal video tersebut.
@kiwaktollah Zaman skola dah berubah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagar kanak-kanak perempuan itu dan tidak tahan dengan kecomelannya.
Melawan hukum persekolahan ni – Netizen.
“Sebab dah lama berkurung kat rumah anak-anak jadi excited bila dapat sekolah,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Weh comel dia buat tangan macam tu HAHAHA,” tulis seorang lagi warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.