Penggemar makanan laut pastinya menggemari ketam kerana rasanya yang segar dan lazat.
Meskipun agak payah untuk mendapatkan isinya, keenakan hidangan makanan laut ini sememangnya berbaloi dengan ‘struggle’ untuk menikmatinya.
Namun, tular baru-baru ini di media sosial Facebook apabila seorang wanita nyaris terputus jari apabila dia terlupa untuk mengikat sepit ketam ketika menyediakan hidangan makanan laut itu di rumah.
Kata wanita itu, dia terpaksa bergelut selama lebih seminit akibat disepit ketam dan berjaya diselamatkan oleh adik beradiknya yang berada di sekitar.
Wanita yang dikenali sebagai Joy itu mengaku bahawa apa yang terjadi itu adalah dari kesilapannya yang sendiri namun bersyukur tidak kehilangan jari manis akibat insiden itu.
Di sebalik kekecohan itu, Joy berkata dia tetap berjaya menyiapkan hidangan makanan laut itu untuk santapan ahli keluarganya yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen dan bersyukur kerana tiada kecederaan serius dialami oleh Joy.
Seram ya nak makan ketam pun!
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.