(VIDEO) “Nak Lari Mana?” – Warga Asing Pecah Masuk Rumah, Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap

Kehidupan

(VIDEO) “Nak Lari Mana?” – Warga Asing Pecah Masuk Rumah, Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap

Tular di aplikasi TikTok, beberapa hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Haikal Hussin yang memaparkan kekecohan yang berlaku di kawasan kejiranan di Taman Keladi, Kuala Muda.

Menerusi video tersebut, dilihat satu kejadian pecah masuk rumah telah berjaya dihidu di kawasan itu dan telah membuat penduduk sekitar keluar beramai-ramai untuk membantu menangkap si pelaku.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila pelakunya yang merupakan seorang warga asing telah bertindak melarikan diri dengan berenang ke tengah lombong bagi mengelak dirinya ditangkap.

lombong

Jangan lari, menyorok dalam lombong.

Malah, turut dilihat penduduk sekitar telah mengepung tepian lombong tersebut bagi mengelakkan warga asing itu dari melarikan diri.

@haikalhussin46

Jangan lari part 1? menyorok dlam lombong?

? original sound – sanjip9844 – sanjip9844

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan tindakan warga asing itu yang gigih melarikan diri walaupun telah kantoi dan berjaya ditangkap.

Elok tak pandai berenang auto pandai bhai – Netizen.

Dia nak duduk dalam tu biar dia, kita santai je tunggu je dia,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jalan
6 bulan lalu

(VIDEO) “Negara Miskin Pun Mampu” - ‘Rider’ Mat Saleh Kritik Keadaan Jalan Raya Di Malaysia Teruk Berlubang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...