Tular di aplikasi TikTok, beberapa hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Haikal Hussin yang memaparkan kekecohan yang berlaku di kawasan kejiranan di Taman Keladi, Kuala Muda.
Menerusi video tersebut, dilihat satu kejadian pecah masuk rumah telah berjaya dihidu di kawasan itu dan telah membuat penduduk sekitar keluar beramai-ramai untuk membantu menangkap si pelaku.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila pelakunya yang merupakan seorang warga asing telah bertindak melarikan diri dengan berenang ke tengah lombong bagi mengelak dirinya ditangkap.
Jangan lari, menyorok dalam lombong.
Malah, turut dilihat penduduk sekitar telah mengepung tepian lombong tersebut bagi mengelakkan warga asing itu dari melarikan diri.
@haikalhussin46 Jangan lari part 1? menyorok dlam lombong?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan tindakan warga asing itu yang gigih melarikan diri walaupun telah kantoi dan berjaya ditangkap.
Elok tak pandai berenang auto pandai bhai – Netizen.
“Dia nak duduk dalam tu biar dia, kita santai je tunggu je dia,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.