(VIDEO) “Nak Jadi Tetamu VIP Allah..” – Usahawan Tayang Telekung RM6K Ketika Umrah, Netizen Suruh Betulkan Niat

Kehidupan

(VIDEO) “Nak Jadi Tetamu VIP Allah..” – Usahawan Tayang Telekung RM6K Ketika Umrah, Netizen Suruh Betulkan Niat

Satu hantaran di aplikasi TikTok baru-baru ini menjadi tular gara-gara seorang usahawan wanita dilihat meluahkan rasa teruja kerana mampu mengenakan telekung berharga lebih RM6,000 ketika mengerjakan umrah.

Ia sekaligus mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak senang hati melihat wanita itu seolah-olah riak dengan kurniaan rezeki yang diberikan Allah S.W.T.

Advertisement

Wanita itu juga menulis kapsyen bahawa dia tidak berniat untuk menjadi riak namun ia hanyalah impian dan hasratnya selama ini.

Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meninggalkan mesej negatif di mana mereka mendakwa tiada istilah tetamu VIP untuk menjadi tetamu Allah.

Tiada istilah tetapi VIP untuk jadi tetamu Allah. Kita semua sama di mata Allah S.W.T.

Kata netizen lagi, segala harta yang dikurniakan tuhan adalah pinjaman semata-mata dan Allah hanya memandang amal soleh dan ketakwaan sebagai bekalan ke akhirat.

TikTok

“Allah tak pandang pun harta kekayaan kita apa yang kita pakai Allah pandang ibadat dan tawaduk kita kepadanya” tulis warga maya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adik beradik
1 year ago

"Lepas Makan Tinggal, Perangai 'Diva'" - Anak Kerja Bagus Dilayan Macam 'VIP', Pemuda Kesal Sikap Ibu Bapa Berat Sebelah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...