Satu hantaran di aplikasi TikTok baru-baru ini menjadi tular gara-gara seorang usahawan wanita dilihat meluahkan rasa teruja kerana mampu mengenakan telekung berharga lebih RM6,000 ketika mengerjakan umrah.
Ia sekaligus mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak senang hati melihat wanita itu seolah-olah riak dengan kurniaan rezeki yang diberikan Allah S.W.T.
Wanita itu juga menulis kapsyen bahawa dia tidak berniat untuk menjadi riak namun ia hanyalah impian dan hasratnya selama ini.
Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meninggalkan mesej negatif di mana mereka mendakwa tiada istilah tetamu VIP untuk menjadi tetamu Allah.
Tiada istilah tetapi VIP untuk jadi tetamu Allah. Kita semua sama di mata Allah S.W.T.
Kata netizen lagi, segala harta yang dikurniakan tuhan adalah pinjaman semata-mata dan Allah hanya memandang amal soleh dan ketakwaan sebagai bekalan ke akhirat.
“Allah tak pandang pun harta kekayaan kita apa yang kita pakai Allah pandang ibadat dan tawaduk kita kepadanya” tulis warga maya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.