(VIDEO) Nak Buktikan Tak Pakai Susuk, Amy Mastura Buat Video Makan Sate Ayam

Hiburan

(VIDEO) Nak Buktikan Tak Pakai Susuk, Amy Mastura Buat Video Makan Sate Ayam

Biarpun semakin menginjak usia, penyanyi dan pelakon Amy Mastura sememangnya dikenali sebagai seorang yang mempunyai wajah awet muda dan ceria orangnya.

Dia yang kini mencecah usia 52 tahun baru-baru ini berkongsi video bagi membuktikan kepada peminat bahawa dia tidak mengamalkan susuk untuk kekal muda dan jelita.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Amy dilihat menjamah sate ayam secara selamba dan berkata “Saya nak buktikan saya tiada susuk”.

Video itu ternyata telah mencuit hati netizen di luar sana terutamanya para peminat penyanyi lagu raya Setahun Sekali ini.

Kata netizen, antara penyebab Amy sentiasa tampil muda tidak padan dengan umurnya adalah kerana perwatakannya yang sentiasa ceria dan tidak stress.

Siapalah yang tuduh dia pakai susuk. Amy jenis happy, tak gila glamor, tak ada benda nak stress. Nampak muda lah.

Tambahan, jarang kita mendengar gosip-gosip murahan melibatkan Amy di media sosial, yang mungkin menjadi faktor utama penyanyi ini kekal positif dan disayangi ramai.

A.Aida
12 months ago

"Allah Bagi Segalanya Pada Saya Tapi Suami Baik Belum Lagi" - A. Aida Simpan Harapan Nak Kahwin Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...