(Video) Najib Berang Ketika Temu Bual Dengan Al Jazeera

Trending

(Video) Najib Berang Ketika Temu Bual Dengan Al Jazeera

Temu bual bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak dengan salah satu gergasi media dunia, Al Jazeera bertukar tegang dan kecoh.

Dia yang kelihatan geram, terus meninggalkan sesi temu bual tersebut akibat tidak dapat menahan marah dengan soalan-soalan panas yang ditanyakan oleh wartawan.

Advertisement

Sumber: The Star

Dalam temu bual yang dikendalikan oleh wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolly untuk rancangan 101 East, Najib telah diajukan beberapa soalan ‘panas’ yang turut membuatkan dia ‘panas’ hati.

Najib berkata bahawa Al Jazeera tidak bertindak adil kepadanya. Sepatutnya temu bual itu berkenaan topik ekonomi negara tetapi dia telah diajukan soalan berkaitan peribadi dan skandal 1MDB yang dikaitkan dengannya.

Sumber: Sinar Harian

Antara soalan yang diajukan ialah mengenai ‘berlian merah jambu’ yang bernilai 27 juta dibeli menggunakan duit 1MDB dan juga penyelewengan dalam institusi itu.

Selain itu, Najib jugak ‘ditembak’ dengan soalan mengenai kes pembunuhan penterjemah yang berasal dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Mary, yang pernah datang untuk membuat liputan berkaitan kes itu telah diarahkan pulang ke negaranya kembali dan tak dibenarkan untuk membuat liputan.

 “Walaupun saya telah menjawab banyak soalan tentang Altantuya dan 1MDB, yang sebenarnya tidak berada dalam skop yang dipersetujui, wartawan bernama Mary Ann tidak mahu kembali ke topik asal, yang sepatutnya mengenai warisan dan ekonomi saya.

Itulah sebabnya saya mengambil keputusan untuk menghentikan temu bual itu, kerana ia tidak mengikut apa yang telah dipersetujui, dan ia tidak adil kepada saya.”

Disebabkan soalan-solan yang tak sepatutnya ditanyakan ini, Najib bangun dari kerusinya dan meninggalkan temu bual itu tetapi setelah ditenangkan, dia bersetuju untuk meneruskan temu bual itu tetapi dia tetap diajukan soalan-soalan yang tak sepatutnya.

Sementara itu, dalam satu status yang dimuat naik di Facebooknya tentang isu Altantuya, Najib pelik kenapa dia masih dituduh berbohong mengenai isu Altantuya walaupun dia telah menjelaskan bahawa dia “tidak tahu dan tidak pernah bertemu dengannya” hanya kerana ramai yang mendakwa telah melihat “bukti” gambarnya duduk bersama Altantuya .

“Saya merasa aneh mengapa ramai yang masih tidak tahu bahawa Tian Chua dari PKR sudah lama mengakui bahawa gambar itu telah diedit olehnya”

Lihat video penuh temu bual itu di sini:

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...