(VIDEO) “Nafas Baby Laju” – SEDIH! Baru Sejam Beranak Normal, Bayi Meninggal Sebab Kuman GBS

Kehidupan

(VIDEO) “Nafas Baby Laju” – SEDIH! Baru Sejam Beranak Normal, Bayi Meninggal Sebab Kuman GBS

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr. Shazwanie Azeera yang berkongsi pengalaman menyayat hati ketika bertugas di unit pediatrik telah mendapat perhatian orang ramai.

Menurut Dr. Shazwanie, setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan semuanya mempunyai kuman GBS atau Group B Streptococcus yang tidak merisikokan orang dewasa jika kadar jangkitannya terkawal.

Advertisement

Namun, sekiranya ia menjangkiti bayi yang masih kecil sama ada sebelum atau selepas dilahirkan, ianya boleh menyebabkan risiko bayi maut.

Begitulah yang dihadapi orang salah seorang pesakit dimana selepas hanya sejam dia melahirkan anak pertama secara normal, bayi tersebut mengalami kesukaran bernafas ketika sedang menyusu badan.

Terus bawak masuk NICU, baby kena CPR. Baby tak selamat, meninggal. Ayah dia lari masuk NICU, terus melutut menjerit “Anak Aku!”

Difahamkan, hasil pemeriksaan telah mendapati bayi itu rupanya dijangkiti kuman GBS dan berkemungkinan si ibu yang baru sahaja melahirkan secara normal tadi tidak mengetahui bahawa dirinya pembawa bakteria GBS.

@wanieazeera

Reply to @norsyazwani15 penerangan paling ringkas dan mudah faham sy boleh buat berkenaan gbs infection. Kalau ada hcw nk add dan betulkan boleh tinggal comment ? Bukan geng bas sekolah ya. #fyp #foryoupage #berandatiktok #medical

? original sound – Shazwanie Azeera – Shazwanie Azeera

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai rekasi dan ramai antara mereka merupakan golongan wanita yang berkongsi pengalaman sama.

Bahaya jugak GBS, time pregnant nurse selalu tanya ada keputihan berlebihan tak. – Netizen.

Bahaya GBS.. okay baru faham kenapa lepas saya bersalin haritu doktor on antibiotik 48 jam dekat anak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Rakaman Lelaki Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Terkenal Sedang Bercium Dengan Wanita 'Viral' Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...