Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr. Shazwanie Azeera yang berkongsi pengalaman menyayat hati ketika bertugas di unit pediatrik telah mendapat perhatian orang ramai.
Menurut Dr. Shazwanie, setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan semuanya mempunyai kuman GBS atau Group B Streptococcus yang tidak merisikokan orang dewasa jika kadar jangkitannya terkawal.
Namun, sekiranya ia menjangkiti bayi yang masih kecil sama ada sebelum atau selepas dilahirkan, ianya boleh menyebabkan risiko bayi maut.
Begitulah yang dihadapi orang salah seorang pesakit dimana selepas hanya sejam dia melahirkan anak pertama secara normal, bayi tersebut mengalami kesukaran bernafas ketika sedang menyusu badan.
Terus bawak masuk NICU, baby kena CPR. Baby tak selamat, meninggal. Ayah dia lari masuk NICU, terus melutut menjerit “Anak Aku!”
Difahamkan, hasil pemeriksaan telah mendapati bayi itu rupanya dijangkiti kuman GBS dan berkemungkinan si ibu yang baru sahaja melahirkan secara normal tadi tidak mengetahui bahawa dirinya pembawa bakteria GBS.
@wanieazeera Reply to @norsyazwani15 penerangan paling ringkas dan mudah faham sy boleh buat berkenaan gbs infection. Kalau ada hcw nk add dan betulkan boleh tinggal comment ? Bukan geng bas sekolah ya. #fyp #foryoupage #berandatiktok #medical
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai rekasi dan ramai antara mereka merupakan golongan wanita yang berkongsi pengalaman sama.
Bahaya jugak GBS, time pregnant nurse selalu tanya ada keputihan berlebihan tak. – Netizen.
“Bahaya GBS.. okay baru faham kenapa lepas saya bersalin haritu doktor on antibiotik 48 jam dekat anak,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.