(VIDEO) Nabil Ahmad Tuntut Hutang Dari Datuk Seri Vida?

Hiburan

(VIDEO) Nabil Ahmad Tuntut Hutang Dari Datuk Seri Vida?

Luahan Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak puas hati dengan layanan pihak penerbit Gegar Vaganza 5 viral sejak semalam. Kata Aliff, beliau sudah melabur jutaan ringgit tetapi hanya mendapat layanan seperti budak-budak sekolah sahaja.

Advertisement

Turut tampil memberikan pandangan mengenai isu tersebut adalah Datuk Seri Vida yang sebelum ini pernah menaja GV untuk empat musim. Terkejut dengan apa yang berlaku, DSV mengakui beliau juga menerima layanan yang teruk ketika menjadi penaja.

Bukan itu sahaja, DSV turut mengkritik pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang didakwa tidak menegurnya langsung ketika beliau menghadiri final GV5 . Semalam, DSV diundang oleh Aliff untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya Biar Apa Orang Kata.

Tidak berdiam diri, Nabil nampaknya turut meninggalkan komen di video tersebut. Bengang dengan apa yang dikatakan oleh DSV, pengacara itu mendakwa beliau dan Jihan difitnah. Pada masa yang sama  Nabil menuntut hutang  daripada ushawahan komestik itu yang sudah dua tahun tertunggak.

Penaja dan pihak produksi mengeluarkan pelbagai kenyataan dan semuanya mahu mempertahankan pandangan masing-masing.  Walau apa pun, kami tetap berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Khabarnya Aliff akan mengadakan satu sidang media mengenai isu ini. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

29 Comments

  1. Anonymous

    November 20, 2018 at 10:15 am

    Aku tak sokong Nabil ni s bab perangai dia kurang Hajar Ngan Pu Azman MLM tu tp never sokong DSV dia lagi kalau saiko

  2. damai

    November 20, 2018 at 9:25 am

    mmg x faham dis DSV dan DAS, tahu lah kau org penaja, bukan x ada promote product2 kau org, tapi knp mesti nak naik stage nak bernyanyi ramai2, mana ada dalam sejarah penaja naik atas pentas lepas tu bernyanyi dan terkinja2, programme DAI dan programme DUO, juga ada penaja, tapi penaja dia org x adalah over, and mrk x ulang berkali2 yg mrk dah keluar berjuta2 ringgit jadi penaja. Tapi bagus juga Astro x beri DAS nyanyi kalau tidak jahanam pentas dgn geng2 dia menari, dan masa mesti tersasar jauh. kalau nak sgt bernyanyi dgn menari buatlah station tv sendiri kan ker mudah, x perlu kecoh2, kau nak menari, melalak 24 jam pun x ada org marah.

  3. datof terlajak tido

    November 20, 2018 at 8:31 am

    tukar pengacara kalau masih ada lagi GV next year la..dah bosan la tgk nabil and jihan.. kasi syuk and kak lina pom pom pulak..hehehehe..#janji

  4. Tak faham

    November 20, 2018 at 5:33 am

    tak faham geng2 kosmetik nie. Memang la korang taja juta2 tapi apa yang korang nak sebenarnya. Rasanya da cukup kot diorang mention korang punya produk, bagitahu korang ni sponsor diorang and then bila iklan masa gegarveganza ni Astro tayang iklan produk diorang ni. Takkan la sampai nak bagi korang naik pentas and nak upkan korang sendiri. penonton bukan nak tengok penaja tapi peserta. American Idol punya sponsor pun takde la sampai nak naik stage apa semua. Cukup la sekadar mention produk diorang and produk diorang dimainkan iklan semasa rancangan tu

    • Anonymous

      November 20, 2018 at 7:47 am

      Dim’sia jerlh yg penaja naik pentas tonjolkn diri mcm hantu mak limah…motif

  5. Paku Karat

    November 19, 2018 at 11:29 pm

    Berani betul Nabil gitau utang DSV dipublishkn medsos..jika xbetul dh pasti DSV Saman malu si Nabil ni…heh dunia Gegarvaganza ni bergegar tul..low class…byk watak yg terlibat otak kelas 3……

Loading...