Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Nabil Ahmad Tuntut Hutang Dari Datuk Seri Vida?

Luahan Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak puas hati dengan layanan pihak penerbit Gegar Vaganza 5 viral sejak semalam. Kata Aliff, beliau sudah melabur jutaan ringgit tetapi hanya mendapat layanan seperti budak-budak sekolah sahaja.

Advertisement

Turut tampil memberikan pandangan mengenai isu tersebut adalah Datuk Seri Vida yang sebelum ini pernah menaja GV untuk empat musim. Terkejut dengan apa yang berlaku, DSV mengakui beliau juga menerima layanan yang teruk ketika menjadi penaja.

Bukan itu sahaja, DSV turut mengkritik pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang didakwa tidak menegurnya langsung ketika beliau menghadiri final GV5 . Semalam, DSV diundang oleh Aliff untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya Biar Apa Orang Kata.

Tidak berdiam diri, Nabil nampaknya turut meninggalkan komen di video tersebut. Bengang dengan apa yang dikatakan oleh DSV, pengacara itu mendakwa beliau dan Jihan difitnah. Pada masa yang sama  Nabil menuntut hutang  daripada ushawahan komestik itu yang sudah dua tahun tertunggak.

Penaja dan pihak produksi mengeluarkan pelbagai kenyataan dan semuanya mahu mempertahankan pandangan masing-masing.  Walau apa pun, kami tetap berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Khabarnya Aliff akan mengadakan satu sidang media mengenai isu ini. Sama-sama kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. mak cute

    November 21, 2018 at 9:03 am

    dh bertahun baru nak tuntut ke…dua2 ngok…brg kemas pun berani tipu inikan ko…lavida coin pun krik2…sian yg dh melabur…melopong sumer

  2. Zira

    November 20, 2018 at 3:15 pm

    Duit dia, suka hatilah dia nak mintak mcm mana. Kadang2 it could be dah jenuh tanya2, tapi tak dilayan. Alih2 boleh plak update status yg DSV terasa hati. Maybe indirectly Nabil nak kasi tahu yg DSV ni autar je lebih. Integrity zero. ielek. She’s trying to build up public opinion. Play victim.

  3. Anonymous

    November 20, 2018 at 11:15 am

    hidup bertuankan duit ni la jadinya. sama ja DSV dengan DAS ni mangkuk. merendahkan maruah sendiri dan keluarga semata2 sebab syiok sendiri, attention seeking. orang tgk GV bukan pasal nak tgk cheap advertising korang tapi nak support artis2 yang berbakat dan talented.
    really, money doesnt buy class, taja juta2, tapi mentaliti masih tahap pasar lambak. so cheap.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama