September 20th, 2018

Selepas beberapa tahun mengacarakan program MeleTOP bersama Neelofa, pelawak Nabil Ahmad tidak dinafikan mampu menghiburkan ramai dengan gaya pengacaraan beliau. Kata orang, aura Nabil memang sudah cukup serasi dengan program tersebut.

Walaubagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan gurauan kasar Nabil terhadap Caliph Buskers dimana beliau secara terang-terangan mempersendakan kekurangan kumpulan tersebut dimana ahlinya adalah OKU cacat penglihatan.

Semuanya bermula apabila barisan pelakon filem Langsuir datang untuk mempromosikan filem tersebut. Gimik membawa masuk hantu langsuir selepas lampu di studio padam secara tiba-tiba membuatkan penonton dan Nabil juga terkejut.

Nabil secara bersahaja telah meminta hantu tersebut untuk berdiri berhampiran Caliph Buskers kerana mereka pasti tidak akan menyedarinya.  Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadap selain tidak menghormati perasaan orang lain.

Bukan kali pertama Nabil dikritik sebegini kerana lawaknya, tetapi mungkin juga beliau tidak berniat untuk mengguris hati kumpulan Caliph Buskers. Sudah bertahun bekerjasama, Nabil pun pernah beritahu mereka sudah seperti adik-beradik dan biasa bergurau senda tanpa terasa hati.

Sumber Berita : YouTube MeleTOP


47 responses to “(VIDEO) Nabil Ahmad Dikecam Netizen, Berlawak Biadap Persenda Kekurangan Caliph Buskers”

  1. Reza says:

    Lofak mcm control ayu je aku tgk.

  2. Anonymous says:

    Neelofa , syafiq , hannah delisha pon ketawa? WHAT A SHAME!

  3. Anonymous says:

    sure nanti meletop next week die mintak maaf tapi still dgn nada sindiran n muka mcm mintak penampar die tu konon semua x bley dibawak gurau, da byk kali kot cmtu, kalau dah dr kecik2 lg prangai cmni mmg smpai mati ler x berubah wpon da ditegur byk kali.

  4. anonymous says:

    ni la bangsat memalukan bangsa melayu,tak serik2 bangsat ni low IQ tapi confident mcm cerdik

  5. mel says:

    ini bukan kali pertama nabil bergurau biadap macam ni.tak terjejut.tapi terkejut sebab kau takde inisiatif nak ubah lawak biadap kau..jangan cakap-sy pelawak.yes.pelawak.tapi bukan alasan untuk kau biadap pada orang nabil.even CB tu kawan baek kau pon,berpada.sebab kat luar ada OKU jugak,ada family yg OKU jugak.

    bukan pasal aku tak open minded.tp ni adab.jgn gn kekurangan fizikal org,kekurangan diri org sbg alat utk melawak.pelawak lain,mcm harith iskandar ok je melawak tak biadap..

Loading...