Selepas beberapa tahun mengacarakan program MeleTOP bersama Neelofa, pelawak Nabil Ahmad tidak dinafikan mampu menghiburkan ramai dengan gaya pengacaraan beliau. Kata orang, aura Nabil memang sudah cukup serasi dengan program tersebut.
Walaubagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan gurauan kasar Nabil terhadap Caliph Buskers dimana beliau secara terang-terangan mempersendakan kekurangan kumpulan tersebut dimana ahlinya adalah OKU cacat penglihatan.
Semuanya bermula apabila barisan pelakon filem Langsuir datang untuk mempromosikan filem tersebut. Gimik membawa masuk hantu langsuir selepas lampu di studio padam secara tiba-tiba membuatkan penonton dan Nabil juga terkejut.
Bukan kali pertama Nabil dikritik sebegini kerana lawaknya, tetapi mungkin juga beliau tidak berniat untuk mengguris hati kumpulan Caliph Buskers. Sudah bertahun bekerjasama, Nabil pun pernah beritahu mereka sudah seperti adik-beradik dan biasa bergurau senda tanpa terasa hati.