Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Sheeyunus yang berkongsi ‘ketagihan’ baru yang dialaminya semasa sedang hamil.
Menerusi video tersebut, wanita yang sedang hamil itu dilihat mengidam untuk makan beras mentah dan telah menjadi satu tabiat pelik yang disedarinya sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya, dia telah mempunyai tabiat yang sama sejak menghamilkan anak pertamanya lagi.
Point of view: kau tengah pregnant.
Malah, wanita itu turut dilihat membasuh beras terlebih dahulu sebelum dikunyah dan djadikan seperti makanan snek harian.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah meraih 469K tontonan, 24.9K tanda suka, dan 981 komen di aplikasi TikTok.
@sheeyunus My current addiction, makan beras. Korang ?? #fyp #pregnant #mommy
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi, ada yang terkejut melihat tabiat pelik ibu mengandung itu dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama.
Nasib baik saya tak ada yang pelik-pelik masa pregnant – netizen.
“Saya tak pregnant, tapi suka makan beras,” tulis seorang warganet.
“1st pregy akak suka kunyah beras macam ni, siap buat bekal ke office.. lagi teruk dari awak, beras tu tak basuh, kunyah begitu saja.. sebab addicted sangat sampai lubang-lubang gigi,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.