Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Video Muzik Single “Seikhlas Cinta” Tiada Kena Mengena Dengan Fattah – Sherry Ibrahim

Telah melancarkan video muzik bagi single pertamanya berjudul Seikhlas Hati, Sherry Ibrahim diasak dengan pertanyaan adakah ia berkaitan dengan kisah percintaannya bersama pelakon yang cukup popular, Fattah Amin yang berakhir sekitar bulan Ogos lepas.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Sherry memberitahu maksud cinta didalam lagu tersebut lebih kepada cinta kepada Tuhan, keluarga dan sahabat. Ia langsung tidak ada kena mengena dengan bekas kekasihnya itu.

Video muzik ini tidak berkisarkan mengenai kisah perjalanan hidup saya, konsep sepenuhnya adalah daripada pihak syarikan kosmetik Deeja Cosmetic dan produksi Tangerine Pictures.

Bagi saya definasi cinta dalam lagu Seikhlas Cinta bukan hanya cinta kepada kekasih tetapi ianya bersifat universal dan cinta itu boleh ada kepada Allah,keluarga dan kawan-kawan.

Tambah Sherry ia video muzik itu juga mengisahkan kehidupan seorang wanita yang mencari kekuatan untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan.

Apa yang ingin disampaikan ialah keyakinan luaran akan seiring datang melalui kekuatan dalaman.

Rasanya Sherry enggan lagi dikaitkan dengan Fattah Amin bukan? Mereka berdua sudah “move on” dan bahagia membawa haluan masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top