(VIDEO) “Mungkin Saya Agak ‘Nakal’ Sikit” – Zaki Jinggo Dakwa Pernah Jalin Hubungan Cinta, Syura Mohon Maaf

Hiburan

(VIDEO) “Mungkin Saya Agak ‘Nakal’ Sikit” – Zaki Jinggo Dakwa Pernah Jalin Hubungan Cinta, Syura Mohon Maaf

Tular di media sosial apabila seorang lelaki dikenali sebagai Zaki Jinggo mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi Syura Badron.

Lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu kemudiannya mendapat perhatian tuan badan sendiri apabila Syura menerima kiriman video itu daripada teman-temannya.

Advertisement

Maklum Syura, dia tidak mengenali lelaki terbabit namun mengesyaki bahawa kisah yang dibuat-buat itu mungkin ada kena mengena dengan persembahannya ketika waktu muda remaja dulu.

Bila saya mendengar ceritanya dalam video itu sampai habis, baru saya teringat saya pernah membuat persembahan di Kuantan pada 2001 lalu yang ketika itu saya baru jadi penyanyi.

Seingat saya, pada masa itu ada mengajak seorang peminat lelaki naik ke pentas untuk menyanyi bersama. Jadi mungkin lelaki itu adalah abang Zaki.

Kata Syura lagi, lelaki itu sememangnya terkenal di bandar Kuantan kerana aktif menghadiri konsert-konsert artis selain perwatakannya yang mesra dan ramah.

@bonraiz

Wajib tonton habis!! Sambungan Part -2 Zaki Jinggo.. Sejarah bercinta dengan Syura dan berlakon orang giilaa.. @Mat Lipat @Jacky TV @Uzainizain @MatDin #bonraizuproduction #funny #fyp #raya2023 #InspirasiRaya #legend #artist #content #comedy

? original sound – bonraizu – bonraizu

Malah, ada juga netizen yang mendakwa abang Zaki ini ‘tidak sihat’. Jadi saya fahamlah apa yang netizen maksudkan.

Berikutan itu, Syura menganggap hantaran video itu sebagai hiburan semata-mata dan turut diketahui suaminya.

Dia juga memohon maaf kepada Zaki Jinggo kerana pada mungkin pada waktu itu dia bersikap agak ‘nakal’ memandangkan usianya yang masih muda.

Datin Norjuma tak sihat
2 years ago

(VIDEO) "Saya Tak Tampar Pondan" - Beri Jawapan Merapu, Datin Norjuma Didakwa Tidak 'Sihat'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...