(VIDEO) Mummy Khaty Fauziah Menangis Sebelum Pernikahan Sam Buat Peminat Tersentuh

Hiburan

(VIDEO) Mummy Khaty Fauziah Menangis Sebelum Pernikahan Sam Buat Peminat Tersentuh

Beberapa jam sebelum berlangsungnya pernikahan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, kakak kepada aktor tersebut ada memuat naik video  di Instagram miliknya dimana Mummy Khaty Fauziah menangis  kerana merasa sebak hendak melepaskan anak kesayangannya itu.

Advertisement

Awwwwwwwwwww mummy…..don’t be sad. He will never leave u. U will always forever be his queen. Well, how insensitive I might sound…I actually cried a liltle bit.

Malah Sam juga repost video tersebut di Instagram miliknya dengan kapsyen yang menyentuh hati.

Wahai kaum ADAM, walau hebat mana sekalipun Isteri kita, tapi hebat lagi kedudukan seorang Ibu yang tak mampu dibeli/cari ganti, sebab itulah adanya Istilah “Syurga ditelapak KAKI Ibu”. (Hebat tak kedudukan Ibu? Dia kaki2 kan kita aje) .

Wahai kaum HAWA, terimalah bahawa Suamimu harus mendahulukan Ibunya darimu. Akur dan taatlah pada Syurgamu (Suami), sepertimana dia taat pada Syurganya (Ibu). (Pasal tu la tak boleh nak jealous2). Doa dan peringatan untuk diri sendiri!!! Semoga kita semua ke Syurga, In sya Allah. Amin.

Video itu juga viral sejak semalam dan turut mendapat beberapa komen peminat yang turut merasa sedih dan sebak ketika melihat video berkenaan.

Ada juga yang berharap agar Syatilla dapat menjaga Sam dengan baik seperti Mummy Khaty yang menatang anaknya itu bagai minyak yang penuh.

Setiap ibu pasti akan merasa sedih apabila anak mereka bakal melangkah ke alam baharu dan sekaligus melepaskan mereka untuk menjalani kehidupan berkeluarga. InshaAllah Sam tidak akan lupakan Mummy Khaty.

Sumber Berita : Instagram Zizie Izette

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...