(VIDEO) “Muka Pun Seiras, Jodoh Kuat” – Marissa Dania Hakim Pertama Kali Muncul Dengan Aslam Dalam Sebuah Sesi ‘Photoshoot’

Hiburan

(VIDEO) “Muka Pun Seiras, Jodoh Kuat” – Marissa Dania Hakim Pertama Kali Muncul Dengan Aslam Dalam Sebuah Sesi ‘Photoshoot’

Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu video memaparkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania sedang melakukan satu sesi penggambaran bersama suami, Aslam.

Dalam video itu, Marissa dilihat mengenakan busana hitam sedondon bersama Aslam dan ‘berposing’ untuk satu jenama pakaian tempatan sempena promosi Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Advertisement

Kedua-duanya kelihatan tidak kekok digandingkan bersama dan sudah pasti menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Kata netizen, ia seolah-olah menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan kedua-duanya sudah bernikah di sebalik sikap Marissa dan Aslam yang mengunci mulut berkenaan isu panas itu.

Malah, menurut sumber, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan turut merupakan salah seorang model bagi jenama pakaian berkenaan.

Terdahulu, nama Marissa menjadi sebutan warga maya setelah dia didakwa bernikah di Songkhla bersama seorang lelaki yang bergelar suami orang.

Ibu Marissa, pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkata dia tidak pernah merestui perkahwinan itu dan menganggap Aslam tak mampu berpoligami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fathia Zahirah
10 months ago

(VIDEO) "Kalau Saya Nak Komen, Memang Dah Lama.." - Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut Isu Diganggu Fathia Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...