(VIDEO) “Mudahnya!” – Gadis Kongsi Tips Cara Pilih ‘Foundation’ Tanpa Perlu Guna Tester

Kehidupan

(VIDEO) “Mudahnya!” – Gadis Kongsi Tips Cara Pilih ‘Foundation’ Tanpa Perlu Guna Tester

Kebiasaannya pelanggan yang ingin membeli krim asas solekan ‘foundation’ akan mengenakan tester di wajah bagi memastikan ‘shades’ yang dipilih bersesuaian atau tidak.

Tambahan di waktu PKP, kebanyakan butik atau kedai menjual alat solekan ini tidak lagi menyediakan tester bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelanggan.

Advertisement
testerSumber : Google  

Namun begitu, perkongsian daripada seorang gadis ini mungkin dapat membantu para wanita di luar sana memilih ‘foundation’ bersesuaian tanpa perlu mengenakan tester.

Dalam video TikTok, @sabrinanuar telah berkongsikan cara mudah memilih foundation hanya dengan menggunakan Instagram.

Caranya mudah, hanya muat naik selfie anda di IG Story, gunakan ‘swatch foundation’ sebagai petunjuk dan gunakan draw tool bagi mencari warna yang bersesuaian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa teruja dengan tips tersebut telah menarik perhatian mereka di luar sana terutamanya para gadis.

Wah, senanglah lepas ni, tambahan pula dah nak raya ni kan!

ketupat keras
3 years ago

"Boleh Patah Gigi.."- Lelaki Beli Ketupat Keras Macam Batu, Baling Ke Lantai Pun Tak Pecah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...