(VIDEO) Mudah! Cara Genius Cuci Kipas Tanpa Tinggalkan Habuk Hitam Di Lantai

Trending

(VIDEO) Mudah! Cara Genius Cuci Kipas Tanpa Tinggalkan Habuk Hitam Di Lantai

Ramai di antara kita yang merungut penat dan keletihan bila nak cuci kipas. Mana tidaknya, kalau guna bulu ayam habis lantai penuh dengan habuk hitam. Sudahnya jadi dua kerja, nak cuci kipas dan bersihkan habuk hitam di lantai.

Terbaru, tular di aplikasi Tik Tok cara mudah dan efektif mencuci kipas tanpa menggunakan penyapu atau bulu ayam. Paling penting, ia  tidak meninggalkan kesan habuk hitam di lantai.

Advertisement

Bahan-bahan yang diperlukan ialah setengah gelas cuka putih, tiga sudu besar baking soda dan dua sudu sabun pencuci pinggan. Jangan risau, semua bahan itu ada di dalam rumah kita.

Apa yang perlu anda buat ialah campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kemudian kacau sebati. Selepas itu, pindahkan ia ke dalam spray bottle.

Kemudian, semburkan bahan tadi secara menyeluruh dekat kipas dan biar seketika supaya cecair itu melekat di habuk-habuk hitam.

Balut atau sarungkan kipas dengan plastik besar dan ikat supaya plastik tidak bergerak. Tekan kelajuan maksimum pada kipas selama lima minit dan biarkan seketika untuk habuk tanggal daripada kipas.

Tutup kipas dan buka plastik secara berhati-hati dan anda akan mendapatkan hasil yang sangat bersih serta kipas akan kelihatan seperti baru selain berfungsi dengan lebih laju.

Lepas ni boleh la guna cara ini untuk bersihkan habuk pada kipas dengan mudah dan efektif, tanpa meninggalkan habuk hitam di lantai. Selamat mencuba!

Sehingga kini, perkongsian berkenaan meraih sebanyak lebih 300,000 tontonan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...