(Video) ‘Rider’ Foodpanda Terkorban, Motosikal Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 2 Kilometer

Trending

(Video) ‘Rider’ Foodpanda Terkorban, Motosikal Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 2 Kilometer

Kemalangan melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Isu ini bukan saja mengakibatkan kehilangan nyawa insan tidak bersalah, malah hukuman yang diberikan kepada pesalah juga tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.

Baca: Hukuman Lebih Berat Mungkin Akan Diberikan Kepada Pemandu Mabuk

Advertisement

Kini tular pula, video seorang lelaki yang cuba menghentikan pemandu yang dipercayai mabuk ketika memandu. Untuk makluman, ini merupakan kemalangan yang telah mengorbankan seorang penghantar makanan semalam. Di dalam video itu, pemandu mabuk itu telah mengheret motorsikal mangsa namun dia tidak ‘sedar’ mengenainya dan terus memandu.

Lebih menghairankan, pemandu mabuk itu hanya mengangkat ibu jari tanda ‘thumbs up’ semasa lelaki ini memintanya menghentikan kerja. Menguatkan lagi dakwaan pemandu itu sememangnya mabuk ketika memandu.

Setelah beberapa minit mengekori kenderaan itu, pemandu mabuk ini akhirnya menghentikan keretanya selepas lelaki ini memandu rapat pada kenderaannya. Lelaki ini kemudian keluar daripada kereta dan membuka pintu kereta pemandu mabuk itu untuk bercakap dengannya.

Mangsa meninggal dunia

Buat masa ini #PemanduMabukMembunuh kini trending di laman Twitter menyaksikan orang ramai kini meminta hukuman lebih berat dikenakan. Di dalam kejadian ini, seorang lelaki yang juga ‘rider’ Foodpanda maut akibat cedera parah di kepala. Motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Lebih menyedihkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Pemandu itu disahkan memandu dalam keadaan mabuk selepas keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Dengan penambahan kes terbaru melibatkan pemandu mabuk ini, rata-rata rakyat Malaysia kini menyokong dasar hukuman lebih berat memandangkan hukuman sedia ada dilihat tidak setimpal dengan apa yang berlaku.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...