Nama usahawan dan pempengaruh dikenali ramai iaitu Prince Syed sekali lagi menjadi perhatian warganet susulan berkongsikan video dirinya mencari kain untuk baju raya tahun hadapan.
Prince Syed dah beli kain untuk baju raya tahun 2026
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman meneliti setiap jenis kain yang bakal digunakan untuk busana baju raya isterinya, Fatin Syazwani.
Difahamkan, jumlah kos yang dikeluarkan untuk membeli kain baju raya itu sebanyak RM1500.
Modal keluar RM1500, 30 pasang baju raya
Antara baju raya isteri nanti. Modal tadi beli murah saja, RM1,500 untuk baju isteri.
Selain itu, Prince Syed turut mendedahkan bilayan baju raya yang akan dimiliki oleh keluarganya untuk tahun 2026.
Seterusnya, kita cari kain tempat lain pulak untuk 30 pasang baju isteri dan anak beranak.