Sebut saja ‘durian’, pasti kita boleh menghidu aroma buah tempatan ini dari jauh. Orang kata tak kenal maka tak cinta, tetapi ada juga yang mengenalinya, dan masih tidak suka kerana dikatakan busuk oleh haters durian dan rasanya yang bergas.
Durian atau dalam bahasa saintifik digelar durio, menjadi sebuah daya tarikan di negara Asia yang menarik ramai pelancong dunia. Musim durian telah bermula, dan inilah waktunya untuk anda menikmati hasil yang terbaik dari dusun dengan lebih 200 variasi durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian.
Tahukah anda, terdapat beberapa minuman larangan yang tidak boleh diminum serentak ketika makan durian. Minuman itu adalah susu, minuman berkarbonat, kopi dan juga sayuran terung. Jom baca kenapa ia dilarang untuk dimakan serentak makanan tersebut.
1.Susu
Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian mengandungi kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jika ia dimakan serentak, tubuh badan tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya untuk mengeluarkan toksin.
2. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat sungguh enak diteguk ketika musim panas. Tapi perlu diingat, air berkarbonat mengandungi kafein dan akan mendatangkan kesan mudarat pada jantung.
3. Kopi
Kafein aktif yang ada dalam kopi membuatkan jantung berdegup kencang dan mampu menyebabkan suhu badan menjadi panas serta merta. Jadi ianya tidak elok untuk dimakan serentak bersama durian.
4. Sayuran terung
Mungkin ramai yang tidak tahu, terung juga boleh menaikkan tubuh badan manusia apabila dikonsium dan kesannya adalah sama seperti kopi.