Apa sahaja yang dilakukan anak sulung usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan pasti mencuri perhatian disebabkan gelagatnya yang bersahaja dan ‘non chalant’ itu.
Video dikongsikan ibunya, Datin Seri Shahida di TikTok baru-baru ini meraih perhatian pengguna TikTok selepas Ammar Ahyan dilihat meminum air menggunakan bekas coklat yang telah habis sebagai cawan.
Menerusi video itu, Ammar didengari berkata dia mahu kitar semula bekas berkenaan supaya menjadi sesuatu yang berguna. Namun, apa yang turut mencuit hati netizen adalah kerana Ammar yang tidak begitu fasih berbahasa Melayu tersalah sebut perkataan ‘kitar semula’.
Kita sekitar semula barangan Malaysia.
@shahidadherbs2Ammar ni ada2 je dia 😌😌♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
Rata-rata netizen terhibur dengan hal itu dan sesetengah netizen turut berseloroh dengan bertanya Ammar adakah dia terlupa bapanya seorang jutawan.
Ada yang berterima kasih kepada anak sulung pasangan usahawan tersebut kerana sering membuatkan mereka tidak kering gusi kerana terhibur dengan gelagatnya.