(VIDEO) Minat Melukis Sejak Kecil, Anak Muda Kini Mampu Reka Pelbagai Lukisan Kreatif!

Kehidupan

(VIDEO) Minat Melukis Sejak Kecil, Anak Muda Kini Mampu Reka Pelbagai Lukisan Kreatif!

Siapa sangka, minatnya yang mendalam terhadap bidang lukisan kini membuahkan hasil dek karyanya yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Itulah seorang anak muda hebat, Muhammad Arifuddin Mohamed Shaidi, 18,yang bermula dengan hanya contengan di kasut dan pelbagai peralatan lain.

Ujar lepasan SPM ini, contengan itu sebenarnya adalah satu cara golongan ‘ARTtist’ meluahkan isi pemikiran kreatif atau ‘out of the box’ mereka dengan mencipta sesuatu yang baharu.

Advertisement

Bakat anak muda

Memetik laporan Mstar, Ariffuddin pernah memasuki kelas yang mempunyai subjek seni namun ditolak.

Berbekalkan minat sejak kecil, dia sanggup sanggup belajar melukis sendiri dengan menghasilkan pelbagai lukisan kreatif!

Ketika ditanya mengenai idola inspirasinya, pemuda ini ingin mengikut jejak langkah idolanya Zachary “Zach” Hsieh, seorang YouTuber Amerika yang terkenal dengan karya seni yang dipelajarinya juga secara persendirian.

“Alhamdulillah ada sambutan, masa zaman sekolah ramai kawan tempah dengan saya”

Malah kasut Nike Air Force 1 yang dicorakkannya turut menarik minat netizen untuk membeli.

Ketika ditanya Mstar mengenai perasaanya ketika video viral, dia juga tidak menyangka namun sangat puas.

“Masa mula-mula naik ribu-ribu pun dah happy apatah lagi bila dah sampai juta”

Dia juga yang merancang untuk melukis pada kasut lain dan Airpod pula dalam masa terdekat selain berniat untuk membuka Youtube Channel, namun pada masa ini lebih memberi perhatian kepada video pendek di Tiktok.

bakat anak muda artist

Apa-pun, selamat maju jaya buat adik berbakat ini ya! Semoga bakat muda sepertinya terus menghiasi dunia realiti dan didorong ke pentas yang selayaknya. In shaa Allah.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...