Hujung minggu lalu pengarah Michael Ang turut terpalit dengan kontroversi pelancaran tudung Neelofa di kelab malam apabila membuat kenyataan panas mungkin beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyewa pusat hiburan terkenal di ibu kota itu untuk mengadakan majlis tahlil pula selepas ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan netizen termasuk juga penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail yang menyifatkan kata-kata Michael itu mempersendakan agama Islam. Sedar isu tersebut sudah menyentuh sensitiviti agama Islam, Michael menerusi akaun Instagramnya tampil memohon maaf secara terbuka.
Michael mengambil ikhtibar atas keterlanjuran kata-katanya itu dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran dalam hidupnya. Beliau sejujurnya tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak dan berharap permohonan maafnya itu akan diterima.