(VIDEO) “Mesti Banyak Tokti Bagi..” – Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Buat Ibu Tersayang Jadi Tumpuan Warga Maya

Hiburan

(VIDEO) “Mesti Banyak Tokti Bagi..” – Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Buat Ibu Tersayang Jadi Tumpuan Warga Maya

Tular sebuah video TikTok memaparkan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang difahamkan pulang ke kampung kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang.

Dalam video tersebut, Siti dirakam sedang bersalaman dengan ibu tersayang, Siti Salmah Bachik sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Advertisement

Sebelum berjalan pulang, Siti yang menggayakan baju kurung berona biru muda itu sempat ‘menyelit’ wang belanja buat ibu tersayang.

Perkongsian tersebut sudah pasti mencuri tumpuan warga maya terutamanya peminat yang rata-ratanya tertanya-tanya berapakah jumlah wang yang dihulurkan kepada Puan Salmah.

Tidak kurang juga yang memuji pelantun lagu Cindai itu yang sentiasa mengutamakan ibunya yang berada di kampung.

Turut terselit dalam video, anak sulung Siti, Aafiyah yang kelihatan sedih untuk meninggalkan kampung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi
2 months ago

"Kalau Yang Bernilai Di Sisi Allah, Saya Terima" - Abby Abadi Tak Bersara Dari Dunia Lakonan, Cuma 'Memilih' Watak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...